Perniagaan ebook merupakan salah satu cabang pendapatan di internet, yang mampu memberikan kita pulangan yang
lumayan. Dengan hanya menggunakan modal yang rendah, tidak mustahil untuk majoriti kita memulakan bisnes ini.
Salah satu sebab yang membantutkan kita daripada bertindak, untuk memulakan perniagaan ebook adalah kurangnya ilmu dan tiada mentor. Oleh demikian, saya mengambil inisiatif untuk mencari individu yang sudah menjalankan perniagaan ebook, secara sepenuh masa.
Temubual eksklusif ini tidak boleh didapati di mana-mana. Tuan Amirul Hafiz akan mendedahkan apa yang beliau lakukan sehingga hari ini, untuk membangunkan perniagaan ebook yang telah dijalankan. Buat pengetahuan kalian, Tuan Amirul Hafiz ini sudah mempunyai pengalaman lebih 3 tahun dalam bisnes ini.
Jadi, luangkan masa tuan dan puan, sediakan pen dan kertas bagi mencatit nota temubual eksklusif ini dan jangan lupa untuk kongsikan entri ini, bersama rakan yang lain jika ia bermanfaat.
#1 – Boleh terangkan bagaimana Tuan Amirul Hafiz boleh didedahkan dengan perniagaan ebook?
Saya didedahkan perniagaan ebook sejak 2008 dari membaca kisah Irfan Khairi. Ketika itu saya aktif dalam blogging dan menerima banyak iklan dari penulis ebook di dalam blog.
Antara pengiklan di blog saya ialah Tuan Hafiz Wasa. Beliau yang mula-mula yang telah menggalakkan saya untuk mula menulis dan memasarkan ebook. Alhamdulillah sebuah ebook yang saya karang sejak 2008 lagi tersebut masih mendapat permintaan yang tinggi setiap bulan.
#2 – Apakah perkara yang paling penting, untuk seseorang itu memulakan perniagaan ebook? Boleh kongsi berdasarkan pengalaman Tuan Amirul Hafiz sendiri?
Perkara yang paling utama untuk memulakan perniagaan ebook ialah “minat”. Minat yang mendalam terhadap penulisan sesuatu niche akan menyebabkan proses penulisan ebook itu sendiri menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar.
#3 – Seperti kata Irfan Khairi, 97% perniagaan akan mengalami kegagalan pada 3 tahun pertama. Sudah berapa lama Tuan Amirul Hafiz menjalankan bisnes ebook ini? Serta bagaimana tuan mengelakkan diri tuan daripada terjerumus daripada kancah kegagalan ini?
Memang tidak dinafikan apa yang diperkatakan Irfan Khairi ada benarnya, sekiranya kita tidak mempercukupkan ilmu sebelum terjun dalam perniagaan ebook, kita boleh diibaratkan menempah kegagalan.
Seperti apa yang Azizi Ali selalu tegaskan dalam bukunya, sebelum beliau terjun dalam apa jenis perniagaan sekalipun beliau akan membaca sekurang-kurangnya 40 buku tentang perniagaan tersebut. Jadi disini yang pentingnya untuk bermula ialah “persediaan yang rapi”.
#4 – Jika diberikan 5 kriteria penting untuk memulakan bisnes ebook yang pertama, apakah kriteria yang akan digariskan oleh Tuan Amirul Hafiz?
Sebelum memulakan perniagaan ebook terdapat 5 kriteria penting yang perlu dititikberatkan iaitu:
Domain & Hosting
Pemilihan domain & hosting yang baik penting untuk memastikan pelanggan kita dapat melayari laman jualan dengan pantas dan mudah.
Desain Menarik
Dengan mendapatkan desainer hebat kita boleh dapat sebuah laman jualan yang cantik dan ia sekaligus meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti produk yang kita hasilkan
Niche
Niche yang mendapat sambutan yang hangat adalah penting sebelum memulakan perniagaan ebook.
Mailing list
Selalu pepatah yang didengar ialah “the money is in the list”. Mailing list memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah perniagaan ebook untuk satu tempoh masa yang panjang.
Trafik Tertumpu
Trafik tertumpu penting bagi membawa mereka yang betul-betul sesuai dengan apa yang kita jual.
#5 – Trafik dan pelawat merupakan aset penting, bagi menghasilkan jualan ebook kita. Apakah 3 strategi yang digunakan oleh Tuan Amirul Hafiz sendiri, untuk memastikan para pelawat memasuki laman web jualan ebook tuan setiap bulan?
3 strategi utama yang saya gunakan untuk memastikan pelawat sentiasa terus menerus ke laman web ialah :
SEO
Saya akan memilih keyword yang selalu menjadi pilihan setiap bulan dan memasukkan ke dalam laman jualan. Saya selalu memantau keyword setiap bulan kerana ia akan bertukar-tukar dan tidak statik.
Forum
Selalulah berhubung di dalam forum untuk mendapatkan networking & memberikan tips berkaitan niche kita, ini sekaligus meningkatkan kredibiliti dan jualan.
Medium perhubungan yang tidak asing lagi ketika ini, dengan menggunakan Facebook kita dapat memantau siapa pelanggan kita ,sentiasa berhubung dan sentiasa memberikan tips yang baru kepada mereka.
#6 – Berapakah jumlah niche ebook Tuan Amirul Hafiz setakat ini? Adakah kita perlu mempelbagaikan sumber pendapatan ebook, menerusi niche yang berbeza? Jika perlu, mengapa?
Jumlah niche saya ketika ini ialah lebih dari 5 kerana pada pendapat peribadi saya adalah penting untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Pepatah menyebut “Don’t Put All Your Eggs In One Basket“.
Apakah pelaburan pertama yang paling penting sebelum memulakan perniagaan ebook, berdasarkan pengalaman Tuan Amirul Hafiz?
Pelaburan pertama yang paling penting ialah ilmu, saya sendiri melaburkan duit terhadap buku, ebook, seminar dan kursus untuk meningkatkan ilmu. Apabila kita mempunyai ilmu, kita juga mempunyai lebih banyak idea untuk disampaikan kepada pembaca.
Berdasarkan pendapat tuan, apakah kriteria-kriteria yang membolehkan ebook kita sentiasa mendapat permintaan?
Kriteria utama membolehkan ebook kita mendapat permintaan berterusan ialah dengan mengetahui kehendak pelanggan. Kita boleh mengetahui trend semasa dengan Google Trends, Forum & Facebook.
Penggunaan blog merupakan alternatif, untuk kita membina sejumlah komuniti bagi meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan, sebelum mula menjual ebook. Adakah tuan menggunakan strategi ini dalam bisnes ebook?
Penggunaan blog penting untuk membina serta meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan kita. Saya juga menggunakan strategi ini untuk perniagaan ebook.
Apakah nasihat Tuan Amirul bagi mereka yang ingin memulakan bisnes ebook? Serta apakah langkah pertama yang perlu dilakukan mereka?
Kepada yang ingin memulakan perniagaan ebook ialah “just do it” kerana ia adalah perniagaan yang menguntungkan, dan mampu memberikan pendapatan yang pasif setiap bulan. Satu ebook yang saya hasilkan sejak 2008 kini masih terjual hampir setiap hari.
Apakah projek ebook terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi?
Ebook terbaru saya yang bakal dilancarkan ialah UsahawanBlog.com.
Tuan dan Puan Ingin Panduan Komprehensif Membina Perniagaan Ebook?
Jika tuan dan puan sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ebook, tetapi mencari panduan praktikal dan komprehensif, maka dapatkan ebook ‘Jana Wang Dengan Ebook‘, karya saya dan kerjasama daripada Tuan Jamaluddin Bahari.


{ 10 comments… read them below or add one }
Terima kasih atas perkongsian ini.
Saudara Amirul pun dah mempunyai pengalaman dalam menulis, menerbit dan menjual beberapa ebook. Beliau mmg berpengalaman dalam bidang ni.
Sama-sama Tuan Afzal.
Ya, beliau memang individu yang sesuai untuk berkongsi ilmu mengenai bisnes ebook. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Salam Tuan Aqif.
Sememangnya perkongsian ini begitu bermanfaat sekali.
Banyak perkongsian yang diberikan oleh Tuan Amirul juga
adalah Ilmu berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
Perniagaan ebook adalah satu perniagaan yang sangat
menguntungkan jika dilakukan dengan cara yang betul.
Ilmu juga perlu cukup dalam diri baru boleh terus maju
dalam perniagaan ebook ini.
Semoga dengan perkongsian ini akan dapat memberikan inspirasi
kepada diri saya untuk lebih maju lagi pada masa hadapan.
Terima kasih..
Waalaikumsalam Tuan Thoha.
Terima kasih kerana sudi melontarkan komen yang bernas. Semoga tuan juga dapat membina bisnes ebook yang lebih hebat, selepas menimba ilmu berdasarkan pengalaman Tuan Amirul Hafiz ini.
kmk nk tntng bizness tk,,so bleh ktk kol kmk…0198175312
Belum lagi terdetik niat untuk serius dalam penulisan ebook mahupun buku. Mahu bermula secara kecil-kecilan di akhbar, majalah dan blog sendiri. Ikut mazhab penulis bebas Tuan Zamri
Sangat menarik jika dapat berkongsi dr mula untuk membuat ebook..hinggalah ke jualannya
Sungguh bermanfaat temubual ini. Terima kasih atas perkongsian yang hebat ini
Sama-sama tuan. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk kita semua.
Thanks