Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memberikan kekuatan untuk diri ini melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penulis, untuk membantu lebih ramai orang dengan karya-karyanya.

Blog ini tidak lagi berkesempatan untuk dikemaskini setiap hari, seperti yang berlaku pada minggu-minggu sebelumnya.
Kerana saya agak sibuk dengan beberapa projek syarikat. Di samping menahan beberapa ujian Tuhan terhadap kesihatan diri. Terima kasih kepada yang masih menyokong dan mendoakan.
Semoga Allah membalas jasa kalian semua. Amin.
Tulis Novel (dot) com – Platfom Dakwah Novelis Malaysia
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi kepada tuan puan mengenai sebuah laman web yang dibangunkan khas, oleh penulis untuk penulis. Lebih tepat, dari novelis untuk novelis.
Web yang saya maksudkan ini adalah TulisNovel.com. Ia dibangunkan oleh Cikpuan Azzah Abdul Rahman. Beliau adalah satu-satunya individu di Malaysia ini yang diberi pengiktirafan untuk mengajar Teknik Surah Yusuf.
Sebuah teknik yang mencantikkan bahasa dan menyemarakkan pembaca apabila membaca, mengikut hasil kajian Puan Ainon Mohd.
Berikut adalah sedikit maklumat tentang Cikpuan Azzah Abdul Rahman:
- Pengasas Akademi HERO (Akademi yang membantu orang ramai untuk menulis novel syariah-compliant dan menjadi lebih gah dalam pengucapan awam).
- Naib Presiden Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
- Certified Professional Trainer PSMB (TTT/1748).
- Certified Trainer for Teknik Surah Yusuf Modul oleh PTS COE.
- Certified Trainer Jabatan Latihan Khidmat Negara.
- Certified TAMRIN Basic Training.
5 Sebab Sertai Tulis Novel (dot) com
Bagi pembaca blog ini, saya dengan berbesar hati untuk menjemput tuan puan untuk menjadi sebahagian daripada web TulisNovel.com.
Ini kerana laman web ini juga mempunyai blog, yang membekalkan tip-tip penulisan fiksyen. Kebanyakan tip yang dikongsikan sukar untuk diperoleh di luar sana. Malah Cikpuan Azzah juga berkongsikan teknik menulis cerpen yang membahagiakan para pembaca.
Bagi memudahkan kalian, saya sertakan 5 sebab untuk sertai Tulis Novel (dot) com:
- Percuma – Blog yang dibangunkan untuk pembaca belajar tip-tip penulisan adalah percuma.
- Kajian kes - Blog ini juga akan berkongsi lebih banyak hasil kerja para pelajar yang menyertai kelas coaching penulisan fiksyen yang dianjurkan oleh Akademi HERO.
- Kenali pengamal - Cikpuan Azzah adalah pengamal tegar Teknik Surah Yusuf. Jika tuan puan ingin tahu keberkesanan teknik ini dalam penulisan novel, maka boleh baca setiap perkongsian yang tercatit dalam blog ini.
- Konsisten - Ketika saya menulis artikel ini, TulisNovel.com menerbitkan artikel secara konsisten setiap minggu.
- Kelas lanjutan – Bagi yang berminat untuk menjadi novelis (lelaki atau perempuan), boleh sertai kelas lanjutan atau bengkel yang dianjurkan Akademi HERO.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada para pembaca. Insya Allah, lebih banyak projek akan dibangunkan oleh syarikat milik saya dan rakan niaga selepas ini.
Selagi ada masa terluang, saya akan laburkan untuk menyampaikan maklumat bermannfaat menerusi blog ini.
Klik pautan di bawah untuk layari laman TulisNovel.com.
Layari TulisNovel.com (Klik Di Sini)


{ 6 comments… read them below or add one }
Tulisnovel.com merupakan sebuah laman web yang menarik… Diharap laman web ini dapat membantu orang ramai untuk menjadi seorang penulis..
Anuar recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
dah tengok website ni, hebat dan sangat menarik ideanya

Lizz recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati Tawar 20000 Trafik Blog!
Untuk menjadi seorang penulis novel adalah seorang yang mempunyai idea yang kreatif untuk menulis. Adakah anda?

annisa recently posted..Optimize your email marketing campaign
Untuk penulis blog juga saya rasa tip2 yang diberikan bermanfaat sebagai mengasah teknik menulis. Terima kasih kerana berkongsi.
anjangman recently posted..Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati
jap. aku gi usha kejap.
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati vs Titan
terima kasih Tuan Aqif atas perkongsian
semoga cepat sembuh
nak cuba pergi klik
{ 1 trackback }