Kajian yang dilakukan oleh Timothy Morgenthaler menerusi laman web Mayo Clinic mendapati, golongan dewasa memerlukan jangka masa tidur sebanyak 7 hingga 9 jam sehari.
Kredit: Diankarl
Ini bergantung pada beberapa faktor. Antaranya adalah kualiti tidur, kehamilan dan juga tahap usia seseorang itu. Bagaimanapun, 7 jam adalah kuantiti minimum yang ditetapkan oleh Timothy Morgenthaler.
Ustaz Azhar Idrus – Tidur 5 Jam Sudah Cukup
Ustaz Azhar Idrus merupakan pendakwah bebas yang semakin mendapat sambutan di seluruh negeri, khususnya golongan-golongan muda.
Kredit: Rejim
Beliau juga turut menghasilkan buku yang menjawab isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Ia dihimpunkan dalam ‘Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab’.
Dalam video yang kami jumpa di Youtube, Ustaz Azhar Idrus ada menyentuh tentang jangka masa tidur yang optimum, khususnya untuk umat Islam. Dalam video itu, kenyataan yang diberikan berbeza dengan Timothy Morgenthaler.
“Kita tidur selama 5 jam sahaja untuk merehatkan badan.” – Ustaz Azhar Idrus.
Jawapan daripada kedua-dua individu ini tidak mempunyai kenyataan salah atau betul. Kerana semuanya berlandaskan satu tujuan, yakni memberikan cadangan masa optimum untuk manusia merehatkan badan.
Setakat ini, kami akan cuba mengamalkan apa yang disarankan oleh ilmuan Islam. Insya Allah dari semasa ke semasa kami akan kongsikan perkembangan mengenai jangka masa tidur yang sesuai untuk manusia.
Sila klik pada video di atas untuk menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dimuat naik pada 19 November 2011.
Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca semua.


{ 22 comments… read them below or add one }
Saya tidur 8-9 jam sehari. Kalau tidur kurang daripada itu susah nak bangun. Mungkin ada kena mengena dengan gaya hidup aktif saya.
Fazreen recently posted..Memori Maxis 10 iPhone 4
Ya, mungkin sedikit sebanyak ada kaitan dengan gaya hidup seseorang. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
Baik, malam ini mahu tidur awal selepas isyak.
Nabi Muhammad (selawat) pula mengesyorkan kita supaya tidur sebentar pada tengah hari bagi memudahkan kita bangun pada sepertiga malam.
Seorang pakar tidur, Dr. James Mass turut menggalakkan tidur sebentar pada tengah hari sekitar 15 hingga 20 minit bagi menjaga kesihatan dan memulihkan tenaga yang hilang.
Mohd Ariffuddin recently posted..Bagaimana mahu dapatkan idea menulis?
Saya suka perkongsian tuan. Terima kasih banyak-banyak kerana menambah input untuk artikel ini.
Saya ada baca buku yang mengatakan cara kita menambahkan sejam sehari dalam hidup kita ialah dengan tidur sejam sebelum makan malam.
Apapun ada baiknya kita disarankan tidur awal supaya dapat bangun untuk solat malam.Mula-mula memang susah sebab dh biasa dengan tabiat tidur lebih.Lama-lama jadi ok.
izan recently posted..Bersyukurlah dalam apa jua keadaan
Benar. Membina tabiat sebenarnya lebih sukar berbanding memulakan langkah pertama.
Sebab tabiat ini dari minda bawah sedar kita (selalu nak balik ke asal).sebab saya pernah dgr kalau nak pupuk sesuatu tabiat mesti konsisten buat selama 21 hari ( untuk create dalam otak kita ).Minda bawah sedar penting kerana mempengaruhi 95% hasil kehidupan kita.
bagi saya, tidur paling cukup adalah 6 jam atau 5 jam setengah. cuba utk tidur 5 jam tapi sukar. pasti terlewa sedikit juga untuk bangun
rohaniah noor recently posted..pecahkan rumah sendiri
Saya juga kadang-kadang tertidur melebihi tempoh 5 jam. Biasanya ketika badan kurang sihat atau terlalu letih.
aku pun memang selalu tak cukup tdo ni..
titan recently posted..Kadang-kadang, kita kena lepaskan dia..
ouh 5 jam ea??aku terlebih tido la nmpknye.
akhiyy recently posted..Kalori Pada Makanan
Setakat ini saya cuba hadkan untuk tidur selama 7 jam maksimum. Jika masuk tidur lewat, maknanya waktu tidur semakin pendek. Jika tidak terlampau letih kerana tidur yang kurang, saya elakkan dari tidur siang

Shafina Bazilah recently posted..Buat Duit Dengan Freelance Writing
Sudah lama saya mencari malumat masa optimum untuk tidur. Pelbagai jawapan yang saya temui… Saya kalau boleh nak kurangkan tidur, tapi risaukan kesihatan pula
Zairi Zaidi recently posted..4 Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Menjual Produk RR, MRR dan PLR
rasanya sekejap ke lama ke tido ni bergantung pada individu gak. ada yang memerlukan masa yang lama untuk rehatkan badan dan ada gak yang sekejap.
penah jumpa sorang nih yang tido dalam kol 3-4 pagi, kol 6 boleh bangun dengan fresh jer. Kadang-kadang aku terpikir, dia nih tido ker x?
As-salam,
Tidur terlalu banyak pun, tak elok, terlalu sedikit pun tak elok. Yang penting, tidur sekejap ditengah hari, dan tidur malam yang berkualiti, disertai dengan amalan-amalan sebelum tidur.
Cik Hu recently posted..SHAKLEE GLA – Kandungan GLA yang lebih tinggi dari EPO untuk kebaikan maksimum
Saya tidur 5jam semalam..cukup 5 jam Allah gerak bangun
Lepas tersedar dari tidur 5 jam..kalau tidur balik,alamatnya lepas tu bangun memang akan rasa letih..
ini perlu kt cb praktikan,jkalo beno ckp mari kt cubo tdr cara islam 5 jam sehr
Org yg hebat tdornya kurang. Ini pemerhatian saya daripada tokoh-tokoh tersohor. Dikala manusia lain tdor, otaknya bekerja. Pabila mereka mencipta sesuatu, ketika itulah manusia lain rasa ketinggalan.
halif recently posted..WW : Master Your Mind, Create Your Destiny
Nabi Muhammad pernah berkata dalam hadisnya yang direkodkan;
Bahawa tidur yang paling baik di waktu malam.
Kerana nutrisi waktu malam dan siang berbeza. Jika seseorang tidur pada waktu malam nutrisinya lebih baik. Jika siang hari, nutrisinya kurang.
Moga kita sentiasa memilih waktu yang sesuai.
dulu pernah mengalami insomnia..tak boleh tidur..sekarang Alhamdulillah,tidur pukul 12..pukul 6 mesti automatik bangun…
Assalamualaikum,,,,
Saye biase tidow 5 Jam dalam Sehari samalam,,, waktunye dari jam 12 s/d jam 5 pagi,, tapi untuk saat ini saye dah ubah pola tidow saye, saye sekarang mulai Tidow jam 10 malam s/d jam 3 pagi lepas tu tak ade tidow lagi,,,,
Kire2 berdampak negatif tak terhadap kesihatan saye?????/
Tolong bagi info y saudare………….
Wassalam,,,,
Tidur yang jugak salah satu perkara penting kalau nak berdiet. Memang betul lah apa yang UAI kongsi ni,

Nor Amirah recently posted..Cara Untuk Kurus Dengan Cepat – Surat Terbuka Dari JomDiet.com
{ 1 trackback }